tinggal kan link anda kat sini (^_^)

BLOGGER TERBAIK

Pages

Thursday, December 16, 2010

Ronda-Ronda Kuala Terengganu

salamat pagi semua...

cuti sem macam ni duk rumah je la kalau tak kerja.. bila dah tak kerja, memang tak ade kerja la.. bila dah tak ada kerja, kena la cari kerja.. kerja pada masa cuti ni ialah --> mengadap laptop dan --> facebook, blogging, blogwalking, edit gambar, dan sebagai nya..

tapi bukan pada hari itu.. sebab, kami dah plan nak jalan-jalan kat bandar.. konon nye nak gerak pukul 9pg.. tapi sampai rumah Lili pukul 10 lebih angkara tersesat sebab salah masuk lorong.. adus.. sesat tak bermakna segala plan pada hari itu terbatal.. kami tetap meneruskan perjalanan.. 



memandangkan sekarang ni musim monsun cup, bandar kuala terengganu juga akan sibuk.. dan bermula lah perjalanan kami ke stesen bas kuala terengganu sebagai destinasi yang pertama.. kerana kami bercadang untuk menaiki bas bandar sahaja sebagai pengangkutan kami.. ok2.. aku lawak je tu.. sebenarnye nak cari tiket tuk balik kolej masing-masing dengan hati yang sangat berat.. sebab kalau boleh nak je cuti lama lagi... tapi apakan daya.. nasib baik tinggal satu sem je lagi aku nak habis belajar.. aku harap aku akan sambung ijazah.. berbalik pada topik..  macam ni la rupa bas bandar kuala terengganu..

reka bentuk dia macam rumah..
alang-alang dah ada dekat stesen bas, kami merayau kat bazar warisan ngan pasar payang.. banyak dah berubah.. maklumlah dah lama tak balik kampung.. chewwah.. ayat nak poyo je.. macam la belajar kat ovesi.. kan? kan? kan?

silap kami sebab pegi tengah hari.. memang panas la.. jadi, kami beristirehat jap kat bazar warisan sambil duk tengok kedai-kedai batik kat situ.. semua cantik-cantik... tapi mampu tengok je la... nak beli pun bukan nye pakai.. (poket kering padahal)
seperti biasa.. tidak lengkap la perjalanan tanpa gambar.. maybe kami je kot.. peace!









sebelum terlambat, kami bergerak ke Taman Tamadun Islam dimana berdiri nya masjid kristal.. chewwah.. hehehe..













balik dari Taman Tamadun Islam, kami gerak lak ke Muzium.. muzium dengan Taman Tamadun Islam ni dekat je.. kalau nak pergi Taman Tamadun Islam ni kompem-kompem akan lalu Muzium dulu.. 









masa memang cemburukan kami.. hari puun dah petang, mak pun dah call tanya kat mane.. tu menandakan memang kami kene balik sekarang.. tapi tak ape.. masih ade esok.. 

kepada sesiapa yang belum sampai ke Terengganu, datang la.. banyak tempat-tempat menarik menanti anda... rasailah kepuasan nya... 

zasss..

THANKS FOR READINGS!

2 comments:

xXx-saN said...

bila nk bwk org g jejalan ganu????

sempoi295 said...

lau nak jalan2 ganu, kene la dtg ganu dulu.. baru la leh bawak jalan2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...