oh kumbang,
saat pertama terpandangkan wajah mu,
aku mula merasakan dengupan yang aneh,
seperti tidak mahu mengalihkan mata dari pandangan...
hmmm.. tapi hanya aku yang tahu,
terasa begitu kecil diri ini dari pandangan mu,
sedangkan kau menjadi pujaan bunga-bunga yang cantik...
aku hanya mampu memandang dari jauh..
tidak kah kau melihat aku disini?
oh kumbang,
setelah sekian lama memerhatikan mu,
akhirnya kau datang hinggap kepadaku,
kita mula berkenalan dan menjadi teman..
tapi, ia hanyalah sementara,
aku kini kembali kepada asalnya..
aku hanya memerhati dari jauh..
rasa seperti tidak layak untuk mendekati..
oh kumbang,
hari berganti hari, tahun berganti tahun..
kini sekali lagi kita ditakdirkan berdekatan..
aku masih lagi memerhatikan mu dari jauh..
disaat kita menjadi kawan,
aku masih menaruh harapan..
sedangkan aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan...
pernah aku cuba meluahkan dengan perbuatan,
kau seperti tidak mengerti...
aku sangat mengharapkan kau tahu isi hati aku..
oh kumbang,
aku merinduimu....
No comments:
Post a Comment