tinggal kan link anda kat sini (^_^)

BLOGGER TERBAIK

Pages

Friday, February 25, 2011

rahsia jenis darah

DARAH O

© Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. © Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
© Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
© Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
© Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
© Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

© Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda.
© Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
© Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
© Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
© Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
© Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
© Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

© Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.
© Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
© Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
© Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
© Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial.
© Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
© Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

© Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
© Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
© Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
© Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu.
© Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
© Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


THANKS FOR READINGS!

4 comments:

bila hati berbicara said...

sy drah AB kot..ahhahaa

sempoi295 said...

boleh lak kot2 cik nana nih... (^_^)

xXx-saN said...

O :: tipu lah bab cemburu dgn nk jd ketua toh..tipu..tipu.... im ok pe?? tenang aje..haha

sempoi295 said...

darah O ek?
hahaha... no komen la tu..
saje suka2 je pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...