salam semua..
sebelum bie tido, saje je la nak wat senaman jari dengan menulis entri pendek.. sebelum tu, bie nak tanya satu soalan... kenapa kita menangis? mmm... kenapa ek?
tipu la kan kalau ada orang kate dia tak penah menangis.. melainkan kalau die memang tak de perasaan.. tapi, orang gila menangis tak ek? sapa-sapa yang tahu, leh la share.. hehehe...
kenapa kita menangis? pada bie la kan, kita menangis bila kita takut, bila kita sedih, bila kita kecewa... bila kite terlalu gembira pun kita akan nangis kan? korang pun mesti penah menangis kan? ala.. mula-mula lahir pun kita dah stat nangis.. hahaha... banyak sebab bila kita nangis.. sambil potong bawang pun kite boleh nangis.. pedas ngan panas pun leh wat kite nangis.. kan? kan? kan?
kenapa lak tetiba je bie cerita pasal nangis pulak ni? sebenarnya tadi bie ada terbaca tentang, bertapa berharga nya air mata seseorang tu.. air mata yang paling berharga bila kita menangis kerana ALLAH.. contohnya bila kita menangis kerana takut kepada ALLAH, kecewa kerana tak dapat menunaikan kewajipan kita pada ALLAH, sedih bila sedar bahawa kita telah melakukan dosa dan lupa pada ALLAH... dan gembira kerana ALLAH belum menutup hati kita dah masih memberi peluang kepada kita untuk BERTAUBAT..
taubat yang sungguh-sungguh (taubat nasuha) adalah bila kita memohon keampunan dan menangis atas segala kesilapan yang kita dah lakukan selama ini.. dan kita tak akan ulang lagi kesilapan kita yang lalu...
entri ini sebagai peringatan tuk semua termasuk diri bie sendiri...
ingatlah PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA kepada manusia
ini saja yang boleh bie kongsi malam ni... sama-sama kita hayatinya
No comments:
Post a Comment