tinggal kan link anda kat sini (^_^)

BLOGGER TERBAIK

Pages

Monday, January 24, 2011

korang rase stress??

salam senua... 
hari ni xde ape nak buat... xtau nak wat pe... alang2 dah pesbuk, aku chat la ngan as (classmate aku).. saje sembang2... pastu terkeluar lak sal stress... sambil duk sembang, tangan aku terasa gatal pegi tanya kat pakcik google cam mane nak ilangkan stress...


1- kawal marah

korang pun tahu kan, marah ni x elok... sbb syaitan suka...jadi, korang kene pastikan yang korang kawal marah korang.. kalau korang panas baran skali pun, korang mesti boleh kawal nya... sebab marah tu kat diri korang... jadi, korang kene kawal...jangan smpai korang hilang tenaga dan masa pada waktu yang tak sepatutnya...

2- bernafas

bernafas perlahan-lahan dan dalam-dalam sebanyak 3 kali, dan selawat lah... luangkan sedikit masa untuk tenangkan minda...

3- perlahankan tindakan

orang kalau stress atau tengah marah, dia akan cakap dengan kadar yang laju dan menyebabkan dia termengah-mengah.. jadi, setiap kali stress atau marah, cakap slow-slow dan terang-terang.. time tu, kita akan sempat berfikir dengan jelas dan rasional...

4- dapatkan nasihat

didiklah diri anda supaya boleh terima nasihat dari orang lain.. cari lah orang yang betul bila nak minta nasihat.. antaranya ibu bapa, ustaz/ustazah, kaunselor, atau orang yang korang yakin akan bagi nasihat yang berkesan...


5- dapatkan udara segar

orang yang stress suka kurung diri kat dalam bilik.. apa kata masa tengah stress tu, pegi la ke taman, atau tempat-tempat yang kita boleh menghirup udara segar ciptaan ALLAH... petua orang tau-tua, untuk awet muda, dorang selalu menghidu udara segar kat anjung rumah dorang..

6- elak kelaparan dan dahaga

minumlah banyak air.. terutama air masak dan makan dengan kadar yang sikit dan berkhasiat..bila kita tak dapat nak kawal lapar dan dahaga, kita akan cepat cemas dan tertekan tak kira masa.. bahaya tu...


7- betulkan kedudukan

tegakkan badan dan kepala, elakkan badan dari membongkok dan mengiring. kalau tak, mungkin otot kita akan tegang dan itu lagi menambahkan stress..


8- rancang sesuatu

pastikan korang stopkan dulu berfikir pasa kerja atau apa-apa yang oleh buat korang stress.. pastu, korang ajak la kawan-kawan korang bersembang ke, mandi sungai ke, jalan-jalan ke... pastikan sebelum tidur, korang tenang.. jangan fikir untuk esok atau buat kerja yang belum siap...berehat untuk isi balik tenaga
dan ketenanagan... dengan izin ALLAH, korang lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari seterusnya...



"wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan yang meredhai dan diredhai"
Al-Fajr : 27 - 28


THANKS FOR READINGS!

2 comments:

bila hati berbicara said...

wahhh..gud job..keep it up..=)

♥ sempoi295 ♥ said...

tenkiu.. tenkiu.. peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...